Jumaat, 8 April 2011

Iklan Jualan bagi mencari Dana Pengajian.

Assalamualikum wmbt.
Kami sekeluarga tinggal dan belajar di Yemen tetapi oleh kerana kekurangan dana saya terpaksa pulang sendirian sesekali keMalaysia untuk berdagang bagi menampung kos pengajian disana sementara seluruh ahli keluarga meneruskan pengajian seperti biasa.
 Dibawah adalah barang dagangan kami.
Sokongan anda membeli barangan dagangan kami sangat kami hargai.
Barangan utama dagangan kami adalah:
1 - Pati Habbah AsSauda berharga RM15.00 per 50ml.
2 - Pure Saffron/ Zakfaran asli berharga RM50.00 per 10gm.
3 - Madu Asli Yaman Sidir Ushaiimi berharga RM180.00 per 500gm.
Dengan membeli barang dagangan kami anda dapat yang tulen dengan harga yang rendah  dan dapat membantu kami meneruskan pengajian.
Kami hanya menjual barangan yang tulen sahaja dengan harga yang lebih murah dari pasaran kerana kami membeli terus dari sumbernya.
Sekiranya ada sesiapa yang berhajat membeli secara online dari luar lembah kelang, anda harus memaklumkan lebih awal sebelum memasukkan wang kedalam akaun kemudian kami akan menghantarkan barangan tersebut kepada anda menggunakan pos laju.
Kami akan menghantarkan terus kepada anda sekiranya anda berada dilembah kelang.
 No akaun kami di Maybank: 162012867291 atas nama anak kami Mohamaad Zaharudeen bin Yahya.
Kami boleh dihubungi melalui nombor talipon: 013-2283158, +60132283158, 00967734971411 atau 00967737356422.
Terima kasih.
Maassalamah.

Asas bahan perubatan dan kesihatan islam.

Berbagai Gred Madu Asli Yemen.
Digambarkan Madu Yemen adalah madu terbaik didunia.Sebenarnya ada banyak jenis madu dari negara tersebut antaranya Bhariyah, Sidr Ushaiimi, Sidr Dowany, Sumur dsbg. Oleh itu tidak hairanlah jika kita dapati ada kelainan dari segi warna, bau dan kepekatan madu dari penjual yang lain walaupun datangnya madu tersebut dari negara yang sama. Ini semua bergantung kepada jenis bunga yang dihisap oleh lebah dan juga kelembapan persekitaran pembiakannya.
Madu yang kami bawa untuk diniagakan diMalaysia adalah dari jenis Sidr Ushaiimi. Madu ini dihasilkan oleh lebah-lebah yang menghisap bungaan Sidr sahaja.



Sarang Lebah.
Kami mengambil madu lebah dari penternak tradisional. Apabila sarang diturunkan ianya akan diperah dan terus dimasukkan kedalam botol tanpa membuat tapisan. Itulah sebabnya madu jualan kami masih mengandungi sebahagian bahan dari sarang. Menapis hanya akan mengurangkan kandungan bahan-bahan positif didalam madu.
Memakan madu terus dari sarang juga diyakini dapat membantu sistem penghadaman kerana sarang madu mempunyai serat dan lilin. 
Sekali sekala saya membawa pulang sarang madu dengan harga jualan RM280 sekilogram jika ada permintaan.

Gandingan Madu Asli Yemen, Habbah AsSaudah dan Zakfaran.
Tiga bahan asli tersebut diatas adalah antara bahan asas dalam perubatan dan kesihatan islam bagi rawatan luaran dan dalaman.
Contohnya madu yang asli dapat menyembuhkan luka luaran dan dalaman dimana ianya bertindak seperti juga gamat asli. Ia juga mampu menghilangkan parut-parut baru disamping sebagai bahan bahan pemulihan dan penstabil sistem dalaman. Jika ianya diambil secara berterusan dengan sukatan yang sesuai ianya dapat menjadi penyembuh yang mujarab apalagi jika dicampur dengan Habbah AsSaudah dan Zakfaran.
Habbah AsSaudah yang saya bawa untuk diniagakan ada yang berbentuk cecair dan ada yang masih belum diproses (bijian yang dihasilkan oleh petani Yaman dan India). Menggunakan cecair adalah lebih mudah dan mendatangkan kesan yang lebih cepat cuma jika diambil tanpa dicampur dengan air tekak akan terasa sedikit hangat.
Praktikalnya ubat akan lebih berkesan jika dikemam dibawah lidah untuk beberapa ketika sebelum menelannya.
Bahan-bahan tradisional seperti ini bertindak membaikpulih bukan seperti ubat kimia yang bertindak melegakan buat masa sementara waktu sambil meningalka kesan sampingan. Bahan herba tradisional tidak meninggalkan kesan sampingan.
Menambil Madu, Habbah AsSaudah dan Zakfaran dalam bentuk cecair akan mendatangkan kesan positif mulai dari mulut hingga keseluruh tubuh.
Beberapa hari setelah mengambil Habbah AsSaudah secara berterusan kita akan merasai kesegarannya,Insyaallah.
Unta yang membantu memproses Habbah AsSaudah kami bernama Athiah.
Anak kami Mohamad Iskandar Dzulqarnain sedang memberi makanan kepada Athiah.
Kilang memproses secara tradisional ini  mengeluarkan Pati Minyak Habbah AsSaudah, Minyak Zatun, Minyak Bunga Matahari dll.

Zakfaran / Saffron.
Secara semula jadi individu yang meminum air yang dicampur dengan sedikit Zakfaran akan segera merasai kesannya.
Contoh: badan akan terasa sedikit hangat dan mudah berpeluh walau melakukan  aktiviti ringan kerana dipercayai ianya mampu melancarkan perjalanan dan penstabil darah dalam badan .
Untuk jadikan minuman harian anda boleh mencampur 3 helai zakfaran dengan sebotol 500ml air mineral, tunggu kira-kira 10 minit sehingga zakfaran tersebut menjadi putih dan air bertukar kemerahan dan anda boleh mula meminumnya.
Zakfaran atau biasa disebut sebagai Saffron banyak bertindak balas dengan sistem dalaman tubuh ianya melancarkan perjalanan darah dan menstabilkan kolestrol dalam badan. Ianya juga sesuai diminum oleh ibu mengandung dengan mencampurkannya sedikit dengan susu segar. 
Baik juga untuk kesihatan lelaki anda akan segera merasai kesannya tetapi jangan mengambilnya terlalu banyak walaupun ia tidak meninggalkan kesan sampingan.

Berhati-hati dengan bahan tiruan atau bahan asli yang telah dicampur dengan bahan-bahan lain.
Tiga bahan diatas (Zakfaran, Habbah AsSaudah dan Madu Asli Yemen)  termasuk minyak Zaitun yang akan mula saya bawa dalam masa yang terdekat adalah bahan yang kami bawa terus dari kilang-kilang pengeluaran  dan penternak juga petani tradisional.
Kami tidak membeli dikedai untuk dijual kepada pelanggan kerana ianya menyukarkan kami untuk memastikan bahawa ianya asli.
Mendapatkan bekalan terus  dari pengeluar , petani dan penternak membantu kami menjualkannya dengan harga yang lebih rendah.
Terima kasih atas sokongan anda.
Semoga Berjaya dengan apa yang anda usahakan insyaallah, Ameen.

Rabu, 6 April 2011

Habbabah.

Sistem takungan air binaan orang zaman dahulu yang masih terdapat diHabbabah di kelilingi kawasan tandus, gersang dan berbatu batan.
Hebat orang dolu dolu.
Segalanya dengan izin Allah swt.

Darul Hajar.

Bangunan ini dibina sekitar 1,300 tahun dahulu dan diduduki oleh imam yang memerintah negara Yaman.
Ianya masih utuh sehingga sekarang walaupun hanya dibina menggunakan kayu dan batu yang diperkuat dan dilepa menggunakan lumpur.

Lembah AdDhar

Pada hujung minggu kami suami isteri dan 6 anak sering memanjat bukit untuk mentelaah sambil melihat pemandangan lembah AdDhar dibawah.

Rumah kami ditengah Kota Sanaa, Yemen..

Diperantauan, disinilah kami tinggal, antara AsSaila dengan BabAlYaman. Bangunan ini berusia lebih 600 tahun. Dibina dengan menggunakan kayu dan batu yang diperkuat dengan simen dan dilepa dengan lumpur. Dibelakang rumah ini terletaknya masjid Tawwus berdekatan dengan hotel Dawood dimana didalam masjid tersebut terletak makam Imam Tawwus.
Berdekatan dengan masjid tersebut terdapat binaan menyerupai kaabah yang dibina oleh Abrahah sebelum rombongannya bertolakdengan tujuan menyerang kaabah di Makkah.

Jambatan Assabah di Saila, Yemen.

   Kami berada diatas jambatan AsSabah antara maahad dan rumah yang kami duduki. Balik sekolah jalan
                                                   beriringan dengan isteri dan anak-anak.
     Kat sini kalau Nov, Dec, Jan suhu boleh turun 3 darjah. Mula-mula kaku jugaklah, maklum tak biasa.
                                                     Bulan bulan lain biasanya max 18-22.
Mulai 23 April 2011 saya pulang sendirian keMalaysia untuk berniaga mencari wang bagi membayar kos pengajian dan sara hidup dan semalam isteri saya pulang bagi membantu saya kerana saya sering tak sihat kebelakangan ini.Anak-anak terus berada di Yemen.
Jika tiada aral melintang kami akan berniaga di Muktamar PAS di Taman Melewar,Gombak nanti. Kami akan berniaga Nasi Arab dan Nasi Hujan Panas disamping jualan Zakfaran, Habbah AsSauda dan Madu Sidir Yaman.
Insyaallah kami berdua akan pulang semula ke Yemen sekitar sebulan lagi.

Keluarga sebelum bertolak ke Yemen

Nama penuh saya : Yahya bin Pikin.
Nama Isteri : Nanda binti Saari.
Nama anak-anak : Machicco Aeida, Sitty Nour Azwanty, Saddam Hussein, Mohamaad Zaharudeen, Mohd Iskandar Dzulqarnain dan Sitty Nour Atiqah.
Berkat doa dan sokongan isteri, anak-anak dan rakan-rakan yang kami kenali dan tidak kami kenali menjadikan keluarga bagai syurga bagiku.
Terima kasih semua.
         Sebelum melanjutkan pengajian ke Yemen kami telah menubuhkan sebuah maahadtahfiz.
         Kami terpaksa tutup sementara maahad tersebut sementara kami belajar semula kerana tiada
                                                             yang menguruskannya.
                

Kelas


Kami sekeluarga belajar didalam kelas yang sama di Maahad Saba, Sanaa, Yemen kerana pencapaian lebih kurang aje.



Keluargaku



Kami berada dihadapan Masjid ArRais, Sanaa, Yemen selepas selesai menunaikan Solat Jumaat.