Berbagai Gred Madu Asli Yemen.
Digambarkan Madu Yemen adalah madu terbaik didunia.Sebenarnya ada banyak jenis madu dari negara tersebut antaranya Bhariyah, Sidr Ushaiimi, Sidr Dowany, Sumur dsbg. Oleh itu tidak hairanlah jika kita dapati ada kelainan dari segi warna, bau dan kepekatan madu dari penjual yang lain walaupun datangnya madu tersebut dari negara yang sama. Ini semua bergantung kepada jenis bunga yang dihisap oleh lebah dan juga kelembapan persekitaran pembiakannya.
Madu yang kami bawa untuk diniagakan diMalaysia adalah dari jenis Sidr Ushaiimi. Madu ini dihasilkan oleh lebah-lebah yang menghisap bungaan Sidr sahaja.
Sarang Lebah.
Kami mengambil madu lebah dari penternak tradisional. Apabila sarang diturunkan ianya akan diperah dan terus dimasukkan kedalam botol tanpa membuat tapisan. Itulah sebabnya madu jualan kami masih mengandungi sebahagian bahan dari sarang. Menapis hanya akan mengurangkan kandungan bahan-bahan positif didalam madu.
Memakan madu terus dari sarang juga diyakini dapat membantu sistem penghadaman kerana sarang madu mempunyai serat dan lilin.
Sekali sekala saya membawa pulang sarang madu dengan harga jualan RM280 sekilogram jika ada permintaan.
Gandingan Madu Asli Yemen, Habbah AsSaudah dan Zakfaran.
Tiga bahan asli tersebut diatas adalah antara bahan asas dalam perubatan dan kesihatan islam bagi rawatan luaran dan dalaman.
Contohnya madu yang asli dapat menyembuhkan luka luaran dan dalaman dimana ianya bertindak seperti juga gamat asli. Ia juga mampu menghilangkan parut-parut baru disamping sebagai bahan bahan pemulihan dan penstabil sistem dalaman. Jika ianya diambil secara berterusan dengan sukatan yang sesuai ianya dapat menjadi penyembuh yang mujarab apalagi jika dicampur dengan Habbah AsSaudah dan Zakfaran.
Habbah AsSaudah yang saya bawa untuk diniagakan ada yang berbentuk cecair dan ada yang masih belum diproses (bijian yang dihasilkan oleh petani Yaman dan India). Menggunakan cecair adalah lebih mudah dan mendatangkan kesan yang lebih cepat cuma jika diambil tanpa dicampur dengan air tekak akan terasa sedikit hangat.
Praktikalnya ubat akan lebih berkesan jika dikemam dibawah lidah untuk beberapa ketika sebelum menelannya.
Bahan-bahan tradisional seperti ini bertindak membaikpulih bukan seperti ubat kimia yang bertindak melegakan buat masa sementara waktu sambil meningalka kesan sampingan. Bahan herba tradisional tidak meninggalkan kesan sampingan.
Menambil Madu, Habbah AsSaudah dan Zakfaran dalam bentuk cecair akan mendatangkan kesan positif mulai dari mulut hingga keseluruh tubuh.
Beberapa hari setelah mengambil Habbah AsSaudah secara berterusan kita akan merasai kesegarannya,Insyaallah.
Unta yang membantu memproses Habbah AsSaudah kami bernama Athiah.
Anak kami Mohamad Iskandar Dzulqarnain sedang memberi makanan kepada Athiah.
Kilang memproses secara tradisional ini mengeluarkan Pati Minyak Habbah AsSaudah, Minyak Zatun, Minyak Bunga Matahari dll.
Zakfaran / Saffron.
Secara semula jadi individu yang meminum air yang dicampur dengan sedikit Zakfaran akan segera merasai kesannya.
Contoh: badan akan terasa sedikit hangat dan mudah berpeluh walau melakukan aktiviti ringan kerana dipercayai ianya mampu melancarkan perjalanan dan penstabil darah dalam badan .
Untuk jadikan minuman harian anda boleh mencampur 3 helai zakfaran dengan sebotol 500ml air mineral, tunggu kira-kira 10 minit sehingga zakfaran tersebut menjadi putih dan air bertukar kemerahan dan anda boleh mula meminumnya.
Zakfaran atau biasa disebut sebagai Saffron banyak bertindak balas dengan sistem dalaman tubuh ianya melancarkan perjalanan darah dan menstabilkan kolestrol dalam badan. Ianya juga sesuai diminum oleh ibu mengandung dengan mencampurkannya sedikit dengan susu segar.
Baik juga untuk kesihatan lelaki anda akan segera merasai kesannya tetapi jangan mengambilnya terlalu banyak walaupun ia tidak meninggalkan kesan sampingan.
Berhati-hati dengan bahan tiruan atau bahan asli yang telah dicampur dengan bahan-bahan lain.
Tiga bahan diatas (Zakfaran, Habbah AsSaudah dan Madu Asli Yemen) termasuk minyak Zaitun yang akan mula saya bawa dalam masa yang terdekat adalah bahan yang kami bawa terus dari kilang-kilang pengeluaran dan penternak juga petani tradisional.
Kami tidak membeli dikedai untuk dijual kepada pelanggan kerana ianya menyukarkan kami untuk memastikan bahawa ianya asli.
Mendapatkan bekalan terus dari pengeluar , petani dan penternak membantu kami menjualkannya dengan harga yang lebih rendah.
Terima kasih atas sokongan anda.
Semoga Berjaya dengan apa yang anda usahakan insyaallah, Ameen.